Pages

Monday, September 20, 2010

Persaraan Tuan Harun Tuan Yahya 07.10.10

BIODATA:

Dilahirkan pada 8 Oktober 1952 di Kampung Pauh, Panji, Kota Bharu, Kelantan dalam keluarga petani.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Garong, kemudiannya di Sekolah Menengah Rendah Padang Garong (Sijil Rendah Pelajaran – SRP). Menyambung pelajaran di Tingkatan 4 di Sultan Ismail Collage (SIC) dan Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP) pada tahun 1969 (Sijil Pelajaran Malaysia – SPM). 1970-1972 melanjutkan pelajaran di Maktab Kadir Adabi dan mendapat Sijil Tinggi Pelajaran (STP).

1974-1975 mengikuti latihan perguruan asas di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur dalam bidang Pengajian Melayu Khas (PMK), dan pada 1986 sekali lagi ke Institut Bahasa kerana mengikuti kursus perguruan khas dalam bidang Pengajaran Bahasa Melayu.

1990-1994 melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama (PBMP).

Mula bertugas di Sekolah Menengah Mantin, Negeri Sembilan pada 1976-1979. 1980-1983 di Sekolah Menengah Tanah Merah, Tanah Merah dan pada 1984 bertukar ke Sekolah Menengah Beris Panchor, Bachok sehingga 1990. Sekembalinya dari UPM pada 1994 ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemumim dan pada Januari 2006 ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu sehingga bersara.

Mendirikan rumah tangga dengan Dzulikha bt Janah pada 6 April 1978 dan telah dikurniakan 3 orang anak, 2 perempuan 1 lelaki dan telahpun mendapat seorang cucu lelaki.

Sepanjang perkhidmatan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia selain mengajar, beliau juga telah diberi beberapa tanggungjawab lain, iaitu 1987-1990 sebagai kakitangan sumber (KS) Bahasa Melayu KBSM, 2003 sehingga sekarang sebagai Jurulatih Utama (JU)komputer, juga mulai 2006-2009 dilantik sebagai Penyelia Kawasan SPM bagi PPD Kota Bharu.

Beliau pernah juga menjadi pemeriksaan kertas Bahasa Melayu (SRP), Kesusasteraan Melayu kertas 5 (STPM) dan kertas 2 Bahasa Melayu SPM.

Juga merupakan seorang yang aktif di dalam kegiatan kokurikulum, di sekolah rendah dan menengah sebagai ahli anak serigala dan pengakap dan pada 1971 mula menjadi ahli Persatuan Palang Merah Malaysia sebagai ahli biasa. Seterusnya telah dilantik ke pelbagai jawatan dan sekarang sebagai Pengarah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kelantan. Selain itu beliau juga telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan dan Ahli Jawatankuasa Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS) kawasan Kota Bharu.

Atas perkhidmatan dan jasa kepada masyarakat, beliau telah dianugerahkan pelbagai pingat dan sijil, iaitu pada 1983 Pingat Perkhidmatan Lama (PBSM), 1995 Sijil Kepujian (PBSM), 2003 Bintang Sri Mahkota Kelantan (Kerajaan Kelantan), 2005 Pingat Jasa Terpuji (PBSM) dan 2005 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (KPM).

Sekian, terima kasih.


Tuan Harun Tuan Yahya:

EMAIL : ju21haroun@gmail.com

H/P: 019-9179778O : 09-7432320
WEB: http://21haroun.blogspot.com